Publication:
Kajian Adaptasi Sastera Dan Budaya Dalam Filem “Kaki Bakar”

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
Munir, Nur Maisarah Mohamad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi berasaskan sebuah cerpen Amerika ‘Bam Burning’. la diarahkan oleh U-Wei Saari dan dihasilkan pada tahun 1995, manakala teks sastera itu diterbitkan oleh William Faulkner pada tahun 1939. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis dua aspek utama filem, iaitu proses adaptasi dan isu-isu budaya. Pengkaji meneliti proses adaptasi yang dilaksanakan oleh U-Wei Saari menggunakan teori adaptasi oleh John M. Desmond dan Peter Hawkes bersama dengan teori Brian McFarlane. Untuk aspek budaya pula, pengkaji menggunakan pendekatan sosiologi sastera yang diperkenalkan oleh Alan Swingewood. Kajian ini dilaksanakan melalui kombinasi kaedah kepustakaan, temu bual, pencarian maklumat di laman sesawang dan analisis tekstual. Kajian ini mendapati bahawa UWei Saari menggunakan pendekatan interweaving strategy di samping melakukan beberapa ubahsuaian besar pada aspek-aspek lain cerpen. Seterusnya, berdasarkan pendekatan sosiologi sastera, jelas terdapat satu perubahan dalam filem, khususnya berkaitan dengan masyarakat dan budaya yang terlibat. Cerpen menampilkan masyarakat Amerika dengan konflik berkaitan status sosial, manakala filem menampilkan masyarakat Malaysia, khususnya etnik Melayu dan etnik Jawa, dengan perbezaan dan pergeseran berasaskan etnik. Perbezaan dan pergeseran dalam filem berkaitan dengan cinta terhadap watan, budaya kerja, jati diri dan agama. Kajian ini penting kerana ia pertama kali dalam jenisnya. la menonjolkan kehebatan seorang pengarah filem Melayu yang melakukan adaptasi daripada karya sastera Amerika, khususnya daripada genre cerpen yang jarang dilakukan.
Description
Keywords
Kajian Adaptasi Sastera Dan Budaya Dalam Filem “Kaki Bakar”
Citation