Publication:
Surat Raja-Raja Dan Surat Undang-Undang: Cerminan Sosioekonomi Orang Melayu Kedah Sehingga Awal Kurun Ke-20

dc.contributor.authorSaari, Haslindawati
dc.date.accessioned2023-12-18T03:08:59Z
dc.date.available2023-12-18T03:08:59Z
dc.date.issued2022-09
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan Surat Raja-Raja (SRR) dan Surat Undang-Undang (SUU) kepada pensejarahan sosioekonomi orang Melayu Kedah pada penghujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. SRR dan SUU merupakan rekod bertulis mengenai pentadbiran dan perundangan Kedah bawah pemerintahan kesultanan Melayu yang dinaungi kuasa asing iaitu Siam, kemudiannya British. Objektif kajian adalah untuk menilai kepentingan SRR dan SUU sebagai cerminan sosioekonomi orang-orang Melayu Kedah pada penghujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Selain itu, kajian ini membincangkan isu-isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang-orang Melayu akibat daripada perubahan dalam pentadbiran dan perundangan negeri. Berdasarkan SRR dan SUU, kajian ini menganalisis kegiatan jenayah dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat Melayu Kedah akibat ketidakseimbangan ekonomi di Kedah. Penyelidikan kajian ini menggunakan kaedah sejarah yang merujuk kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan tematik dalam penulisan bab. Melalui kaedah kualitatif, SRR dan SUU dijadikan sebagai sumber khusus kajian dalam aspek membincangkan sosioekonomi orang Melayu Kedah sehingga awal kurun ke-20.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17936
dc.subjectSurat Raja-Raja Dan Surat Undang-Undang: Cerminan
dc.subjectSosioekonomi Orang Melayu Kedah Sehingga Awal Kurun Ke-20
dc.titleSurat Raja-Raja Dan Surat Undang-Undang: Cerminan Sosioekonomi Orang Melayu Kedah Sehingga Awal Kurun Ke-20
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
HASLINDAWATI BINTI SAARI - TESIS.pdf
Size:
3.98 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: