Publication: Pembangunan Chatbot Secara Pemikiran Komputasional Dan Kecerdasan Buatan Untuk Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Pengaturcaraan
Loading...
Date
2023-04
Authors
Abdul Harith Bin Hasan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pendekatan Penyelesaian Masalah Pengaturcaraan merupakan salah satu topik dalam subjek Sains Komputer di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk menganalisis suatu masalah dalam pengaturcaraan. Proses menganalisis masalah amat penting supaya pelajar dapat mengenalpasti elemen input, output, proses dan syarat yang ada dalam sesuatu masalah supaya mereka boleh membentuk suatu program yang dapat menyelesaikan masalah terbabit. Oleh itu, kajian kuasi eksperimen telah dijalankan bagi menentukan mod pembelajaran yang berkesan bagi pembelajaran Pendekatan Penyelesaian Masalah Pengaturcaraan dalam kalangan pelajar.
Description
Keywords
Pembangunan Chatbot Secara Pemikiran Komputasional Dan Kecerdasan Buatan , Keberkesanan Pengajaran , Pembelajaran Pengaturcaraan