Publication:
Pengaruh Pengetahuan Tentang Pengajaran Konsep Dan Prosedur Matematik Terhadap Efikasi Kendiri, Kesediaan Pengajaran Abad Ke-21 Dan Kompetensi Guru Matematik Sekolah Rendah

dc.contributor.authorMd Ali @ Naim, Junita
dc.date.accessioned2023-12-19T04:20:01Z
dc.date.available2023-12-19T04:20:01Z
dc.date.issued2022-09
dc.description.abstractPengajaran guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melonjakkan kualiti pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Sehubungan itu, penting bagi seorang guru matematik memiliki pengetahuan kandungan khususnya pengetahuan tentang pengajaran konsep dan prosedur matematik dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Selain itu, efikasi kendiri mengukur sejauh manakah tahap penerimaan kendiri seseorang guru tentang kebolehdayaannya dalam melaksanakan tugasan PdP. Pada masa yang sama, kompetensi guru juga adalah elemen penting dalam mempengaruhi pengetahuan kandungan matematik seorang guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengetahuan kandungan matematik khususnya pengetahuan tentang pengajaran konsep dan prosedur matematik terhadap efikasi kendiri, kesediaan pengajaran abad ke-21 (PAK21) dan kompetensi guru matematik. Kajian ini turut mengkaji pengaruh efikasi kendiri terhadap kesediaan PAK21 dan kompetensi guru matematik. Selain itu, kajian ini juga menguji sama ada efikasi kendiri sebagai pengantara kepada pengetahuan kandungan matematik terhadap kesediaan PAK21 dan kompetensi guru matematik.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17943
dc.subjectPengaruh Pengetahuan Tentang Pengajaran Konsep Dan Prosedur Matematik
dc.subjectPengajaran Abad Ke-21 Dan Kompetensi Guru Matematik Sekolah Rendah
dc.titlePengaruh Pengetahuan Tentang Pengajaran Konsep Dan Prosedur Matematik Terhadap Efikasi Kendiri, Kesediaan Pengajaran Abad Ke-21 Dan Kompetensi Guru Matematik Sekolah Rendah
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files