Publication:
Sejarah Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden

dc.contributor.authorBoh, Phaik Ean
dc.date.accessioned2024-03-25T07:13:32Z
dc.date.available2024-03-25T07:13:32Z
dc.date.issued2023-07
dc.description.abstractDalam arus kemajuan dan pembangunan bidang Pengajian Terjemahan, fokus dalam bidang ini diperluas daripada tumpuan semata-mata pada tekstual dan linguistik kepada pencerapan terjemahan sebagai aktiviti yang berkaitan rapat dengan konteks sosial. Selaras dengan anjakan tersebut, kajian ini dijalankan bagi menyelusuri sejarah terjemahan karya sastera Mahua moden (iaitu sastera yang dikarang oleh penulis Cina tempatan dengan menggunakan bahasa Cina) dalam bahasa Melayu dengan memberikan penekanan dari sudut sosiologi. Kajian ini menyasarkan tiga objektif utama, iaitu pertama, untuk meneroka, mengenal pasti dan mendokumentasikan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam bahasa Melayu antara tahun 1919-2021, kedua, untuk mencerakin kewujudan bidang terjemahan tersebut melalui pengupasan terhadap faktor-faktor yang mendorong penterjemah untuk menterjemah karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu, dan ketiga, untuk menganalisis peranan ejen-ejen utama (penerbit atau persatuan) dalam bidang penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden. Bagi mencapai objektif tersebut, definisi sejarah terjemahan oleh Woodsworth (1998), serta definisi dan pengkategorian sastera Mahua moden oleh Goh Thean Chye (1975) dimanfaatkan untuk mengenal pasti data kajian; lapan objek kajian sejarah terjemahan D’hulst (2010), konsep bidang, kapital dan ilusio oleh Bourdieu (1986, 1987, 1990 & 1993) serta model analisis struktur bidang penerbitan oleh Bourdieu (2017) dimanfaatkan sebagai kerangka teori untuk analisis data.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18751
dc.language.isoother
dc.subjectKarya Sastera
dc.subjectMahua Moden
dc.titleSejarah Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files