Publication:
Strategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Tunggal Etnik Cina Di Kuching, Sarawak Untuk Menangani Cabaran Kehidupan

dc.contributor.authorSing, Irene Cheing Sing
dc.date.accessioned2026-04-29T01:42:36Z
dc.date.available2026-04-29T01:42:36Z
dc.date.issued2025-02
dc.description.abstractIbu tunggal menghadapi pelbagai cabaran selepas kehilangan suami, sama ada akibat kematian atau perceraian, yang berpotensi menjejaskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan sosial mereka. Kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal etnik cina di kuching, sarawak; menganalisis kesan cabaran tersebut terhadap kesejahteraan mereka; meneliti strategi daya tindak yang digunakan untuk mengatasi kesukaran hidup, serta mencadangkan intervensi kerja sosial yang sesuai. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan kriteria penyertaan yang melibatkan ibu tunggal yang aktif dalam persatuan keluarga ibu tunggal, warganegara malaysia, dan masih menyara anak di bawah umur 18 tahun. Temu bual separa berstruktur dilaksanakan dengan panduan soalan serta penggunaan perakam suara elektronik bagi memastikan ketepatan data yang dikumpul. Pendekatan teori peranan, teori sistem, teori keperluan, dan teori ketahanan digunakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan ibu tunggal secara menyeluruh, disokong oleh model daya tindak serta model resiliensi dalam konteks stres, penyesuaian, dan adaptasi keluarga.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/24041
dc.language.isoother
dc.subjectSingle mothers—Malaysia
dc.titleStrategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Tunggal Etnik Cina Di Kuching, Sarawak Untuk Menangani Cabaran Kehidupan
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files