Publication:
Pendekatan Da‘Wah Tarbiyyah Al- Nafs Dalam Program Halaqah Terhadap Banduan Di Penjara Pokok Sena, Kedah

dc.contributor.authorNoor Hafizah Binti Noor Rahmat
dc.date.accessioned2024-04-01T04:10:18Z
dc.date.available2024-04-01T04:10:18Z
dc.date.issued2023-07
dc.description.abstractPenjara adalah tempat kurungan berlandaskan peruntukan undang-undang. Namun begitu, kebelakangan ini berita kesesakan dan pelambakan banduan telah menggemparkan Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti usaha-usaha Tarbiyyah al-Nafs oleh Bahagian Unit Agama Islam, pandangan keberkesanan dan cadangan kakitangan Penjara Pokok Sena, persepsi banduan terhadap metode program halaqah juga menganalisis metode Da‘wah Tarbiyyah al-Nafs. Seramai 300 orang responden yang terdiri daripada banduan lelaki dan perempuan dari semua fasa program halaqah yang mempunyai 4 fasa kesemuanya. Program halaqah ini dilaksanakan terhadap banduan-banduan yang beragama Islam. Seterusnya, kesemua pengajar agama yang terdiri daripada 3 orang pengajar turut terlibat di dalam kajian ini. Tambahan pula, reka bentuk kajian adalah reka bentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan metode temu bual dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisi melalui Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan persepsi banduan terhadap program halaqah yang dijalankan di penjara adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, kesemua pengajar agama melalui pengalaman mereka menyatakan keberkesanan program halaqah yang dicapai adalah pada tahap sederhana Justeru, dapat disimpulkan, tahap penerimaan banduan terhadap Program halaqah sangat memuaskan dan hanya perlu penambahbaikan untuk memantapkan lagi keberkesanan Program Halaqah.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18808
dc.language.isoother
dc.subjectDa‘Wah Tarbiyyah Al- Nafs
dc.subjectProgram Halaqah
dc.subjectPenjara
dc.titlePendekatan Da‘Wah Tarbiyyah Al- Nafs Dalam Program Halaqah Terhadap Banduan Di Penjara Pokok Sena, Kedah
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files