Publication: Keberkesanan Pengajaran Sistematik Terhadap Prestasi Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah
Loading...
Date
1997-05
Authors
Yaakob, Mohd. Nazari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Mata pelajaran matematik dikatakan sukar untuk dikuasai dan difahami. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat punca-punca kelemahan pelajar dalam bidang ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan suatu model pengajaran yang menggunakan pendekatan sistem. Keberkesanan model pengajaran yang dikaji ini dilihat dari segi pencapaian subjek di akhir satu unit pengajaran. Pembolehubah-pembolehubah lain seperti sikap terhadap matematik dan gaya kognitif (field dependent dan field independent) juga dilihat kesannya oleh pengajaran yang bersistem ini. Sebanyak lima buah sekolah menengah yang meliputi 374 pelajar dan 10 guru di sekitar seberang perai utara dan tengah telah dipilih untuk kajian ini. Setiap sekolah pula dilibatkan sebanyak dua kelas tingkatan i, iaitu kelas yang menerima pengajaran sistematik dan satu lagi menerima pengajaran tradisional. Analisis keputusan menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang mengikuti pengajaran sistematik adalah lebih baik daripada pengajaran tradisional. Peningkatan prestasi pelajar yang berpencapaian rendah didapati lebih tinggi daripada rakan-rakan mereka yang berpencapaian tinggi bagi kumpulan yang menerima pengajaran sisternatik. Pelajar-pelajar fd (rawatan) juga menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada pelajar-pelajar fd (kawalan).
Description
Keywords
Keberkesanan Pengajaran Sistematik Terhadap Prestasi Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah