Publication:
Analisis Struktur Interaksi Wacana Sidang Media Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2025-02
Authors
Sharif, Shamin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Sidang media merupakan platform untuk penyampaian maklumat terkini kepada masyarakat. Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkaikan oleh pengkaji sama ada sidang media di malaysia mempunyai struktur tersendiri atau sebaliknya. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti aspek struktur interaksi. Selain itu, pengkaji juga meneliti aspek struktur interaksi yang dipatuhi dan tidak dipatuhi dalam sidang media ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan cara memuat turun rakaman daripada youtube dan analisis kandungan teks. Bahan kajian merupakan rakaman sidang media covid-19 pada 24 april 2020, 10 jun 2020, 1 julai 2020, 24 oktober 2020 dan 8 mei 2021 yang ditranskripsikan kepada bentuk tulisan, iaitu dengan mengaplikasikan simbol transkripsi oleh jefferson (2004). Setiap ujaran yang terdapat dalam transkripsi ini dianalisis dengan menggunakan kerangka teoretis analisis perbualan oleh liddicoat (2011) dan model struktur interaksi oleh asmah (2010). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh aspek struktur interaksi yang dipatuhi, iaitu pembuka turutan, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab, pengambilan giliran, pengembangan urutan, pasangan bersebelahan, pertindihan, pembetulan dan penutup perbualan
Description
Keywords
Discourse analysis
Citation