Publication: Keberkesanan Stem Metaverse Dalam Meningkatkan Kefahaman Konsep Asid, Bes Dan Garam Dan Minat Kerjaya Stem Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
Loading...
Date
2024-05
Authors
Baharuddin, Mohd Saharizal Mohd
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kesukaran dan cabaran dalam pembelajaran kimia menjadi punca pelajar tidak memilih aliran sains pada peringkat pengajian lanjutan dan mengakibatkan kemerosotan bekalan bakat STEM dari sekolah yang tidak sepadan dengan ledakan kemajuan teknologi dan Revolusi Industri. Kajian ini mengetengahkan STEM Metaverse (STEM-MV) dalam pengajaran dan pembelajaran asid bes dan garam (ABG) memandangkan pelajar sering mengalami kesukaran untuk memahami konsep ABG. STEM-MV adalah aplikasi pembelajaran menggunakan peranti yang mengandungi persembahan multimedia interaktif, realiti berperantaraan, grafik, video, animasi, makmal maya dan pautan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran ABG kepada pelajar secara individu atau berpasangan mengikut kesesuaian tahap pemahaman mereka. Reka bentuk gabungan embedded dengan kaedah eksperimen kuasi digunakan untuk memperoleh data kuantitatif dan kualitatif terhadap 120 orang responden aliran sains tulen iaitu 60 orang Kumpulan Eksperimen dan 60 orang Kumpulan Kawalan serta menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen Ujian Kefahaman Asid Bes dan Garam dan instrumen Kajian Minat Kerjaya STEM digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca untuk mendapatkan data kuantitatif keberkesanan STEM-MV terhadap pemahaman konsep ABG dan minat Kerjaya STEM. Data kualitatif diperoleh daripada 10 orang pelajar (5 orang Kumpulan Eksperimen dan 5 orang Kumpulan Kawalan) melalui temu bual pra dan temu bual pasca. Data kuantitatif dianalisis melalui Ujian MANCOVA menunjukkan bahawa
xvi
STEM MV adalah berkesan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam ABG dan meningkatkan minat kerjaya STEM. Dapatan kualitatif menyokong dapatan kuantitatif. Kesimpulan
Description
Keywords
Keberkesanan Stem Metaverse Dalam Meningkatkan Kefahaman Konsep Asid