Publication: Keberkesanan Permainan Stem-Periodic Table Traveller Dalam Meningkatkan Kefahaman Jadual Berkala Unsur Dan Motivasi Pembelajaran Kimia Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
Loading...
Date
2024-08
Authors
Mohammed Na’aim, Mohammad Najib
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini memperkenalkan permainan pembelajaran GBL STEM-PTTraveller dalam pengajaran dan pembelajaran topik Jadual Berkala Unsur (JBU) yang digunakan untuk meningkatkan kefahaman topik JBU dan motivasi pembelajaran kimia di kalangan pelajar tingkatan empat. GBL STEM-PTTraveller yang dibangunkan adalah dalam bentuk permainan papan (board game) yang mempunyai konsep permainan yang menarik dan inovatif serta diintegrasikan dengan elemen STEM Bersepadu. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan embedded yang melibatkan eksperimen kuasi. Sampel kajian melibatkan seramai 85 orang pelajar tingkatan empat (44 orang kumpulan eksperimen dan 41 orang kumpulan kawalan) daripada sebuah sekolah di daerah Kinta Selatan, Perak. Data kuantitatif didapatkan menggunakan Instrumen ujian kefahaman Jadual Berkala Unsur dan soal selidik motivasi pembelajaran kimia digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca. Data kualitatif didapatkan melalui temu bual pra dan pasca daripada 10 orang pelajar (5 dari Kumpulan Eksperimen dan 5 dari Kumpulan Kawalan). Melalui Ujian Multivariat Kovarian (MANCOVA) menunjukkan bahawa GBL STEM-PTTraveller adalah berkesan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik Jadual Berkala Unsur (Wilk’s Lambda = 0.55; F (3,80) = 21.976; p<.05, eta kuasa dua=0.452) dengan 45% keseluruhan varian dalam ujian pasca adalah disebabkan kesan rawatan GBL STEM-PTTraveller.
Description
Keywords
Stem-Periodic Table Traveller , Pembelajaran Kimia