Publication:
Pendekatan Da'Wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy Menurut Al-Ghazali : Satu Kajian Di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

dc.contributor.authorHamjah, Salasiah Hanin
dc.date.accessioned2026-07-17T01:25:30Z
dc.date.available2026-07-17T01:25:30Z
dc.date.issued2008-10
dc.description.abstractKaunseling dapat memainkan peranan sebagai salah satu pendekatan bagi membendung gejala sosial dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, pendekatan kaunseling semasa yang berasaskan teori barat didapati kurang berkesan dalam menangani masalah ini terutamanya yang melibatkan masyarakat lslam. Ini kerana kebanyakan masalah masyarakat adalah berpunca daripada aspek emosional seperti marah, benci, kecewa dan pelbagai masalah berkait dengan persoalan hati yang lain. Lni menggambarkan terdapat keperluan untuk menerapkan elemen-elemen spiritual dalam kaunseling bagi mengatasi permasalahan itu. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan tersebut dengan membina kerangka penerapan nilai da'wah al-irsyad al-nafsiyy menurut al-ghazali secara sistematik dalam pelaksanaan kaunseling yang memberi fokus kepada aspek spiritual manusia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneliti adakah pendekatan seumpama tersebut diaplikasikan dalam pelaksanaan kaunseling di pk mains. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kualitatif dengan- reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah kaedah temu bual di samping beberapa kaedah lain seperti observasi, analisis dokumen dan soal selidik. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual dan borang soal selidik. Data-data daripada temu bual dianalisis meliputi proses membuat transkripsi, reduksi, koding dan paparan data. Hasil kajian mendapati terdapat enam peringkat dalam pendekatan da 'wah al-irsyad al-nafsiyy menurut al-ghazal] iaitu membina kemesraan dengan med'ii, mengenal diri, mengenalpasti punca masalah, mujanedet: al-nafs, riyaqah al-nafs dan muhasebeh al-nafs.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/24727
dc.language.isoother
dc.subjectAl-Irsyad Al-Nafsiyy
dc.subjectAl-Ghazali
dc.titlePendekatan Da'Wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy Menurut Al-Ghazali : Satu Kajian Di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files