Publication:
Kajian Manhaj Al-Shaibani Dalam Al-Athar

dc.contributor.authorAnuar, Saleha
dc.date.accessioned2025-10-08T04:43:16Z
dc.date.available2025-10-08T04:43:16Z
dc.date.issued2016-02
dc.description.abstractBidang penulisan merupakan antara medan utama dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Para ulama Salaf dan Khalaf telah banyak menghabiskan masa mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang penulisan menghasilkan karya demi karya buat panduan generasi selepasnya. Pelbagai pendekatan yang digunakan agar dapat dipastikan karya yang dihasilkan memenuhi objektif yang digariskan Walau bagaimana pun, penguasaan terhadap manhaj yang dilakarkan dalam sesebuah penulisan kurang diberi tumpuan oleh masyarakat kini dan menyebabkan kurang kefahaman terhadap kandungan sesebuah karya. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan menyingkap antara manhaj yang diguna pakai oleh para ulama hadith dalam penghasilan karya mereka dan mengkaji latar belakang al- Shaibani dan pertaliannya dalam bidang hadith serta manhaj beliau dalam kitabnya al-Athar. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini melibatkan metod pengumpulan data dan penganalisisan data. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini mendapati bahawa para ulama telah banyak menghasilkan karya dengan bercirikan metodologi yang pelbagai di samping memberi kemudahan untuk dijadikan sebagai rujukan.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/22732
dc.language.isoother
dc.subjectKajian Manhaj
dc.titleKajian Manhaj Al-Shaibani Dalam Al-Athar
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files