Publication: Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian Ke Atas Sikap, Pengetahuan Dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tenaga Diperbaharui
dc.contributor.author | Harun, Abd Hadi | |
dc.date.accessioned | 2024-04-22T06:40:08Z | |
dc.date.available | 2024-04-22T06:40:08Z | |
dc.date.issued | 2014-08 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian (e-PBP) ke atas sikap, pengetahuan dan tingkah laku pelajar Tingkatan Empat aliran sains terhadap topik tenaga diperbaharui (TD). Kajian ini mengaplikasikan kaedah eksperimen kuasi dengan "Reka bentuk Satu Kumpulan Ujian Pra - Ujian Pos". Sampel kajian terdiri daripada 48 orang pelajar Tingkatan Empat yang menerima rawatan e-PBP yang bertindak sebagai kumpulan eksperimen. Kesan e-PBP terhadap tiga pemboleh ubah iaitu sikap terhadap TD, pengetahuan terhadap TD dan tingkah laku terhadap TO diukur sebanyak tiga kali melalui ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan dengan menggunakan ujian ANOYA dengan Pengukuran Berulang. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ePBP didapati memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan sikap, pengetahuan dan tingkah laku pelajar terhadap TD. Analisis kandungan e-PBP terhadap komunikasi atas talian secara sinkroni dan asinkroni menunjukkan bahawa pelajar lebih selesa menggunakan laman interaksi sosial web 2.0 yang disediakan dalam e-PBP bagi melaksanakan kerja berkumpulan secara kolaboratif dalam tempoh yang lebih fleksibel. Manakala, analisis dapatan temu bual mendapati bahawa pelajar memberi maklum balas yang positif apabila melaksanakan kerja secara berkumpulan dalam menghasilkan projek TD melalui penggunaan e-PBP tanpa kekangan masa. | |
dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/18943 | |
dc.subject | Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian Ke Atas Sikap | |
dc.subject | Pengetahuan Dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tenaga Diperbaharui | |
dc.title | Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian Ke Atas Sikap, Pengetahuan Dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tenaga Diperbaharui | |
dc.type | Resource Types::text::thesis::doctoral thesis | |
dspace.entity.type | Publication | |
oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |