Publication:
Perkaitan Antara Mobiliti Dan Tempat Tinggal Golongan B40 Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorRosli, Hafizah
dc.date.accessioned2023-12-18T03:05:52Z
dc.date.available2023-12-18T03:05:52Z
dc.date.issued2022-10
dc.description.abstractLambakan unit rumah tidak terjual di Pulau Pinang dapat memberikan gambaran jelas situasi harga pasaran rumah yang di luar kemampuan, khususnya bagi golongan B40. Hal ini berpunca daripada masalah kekurangan tanah telah mengakibatkan kekurangan ruang untuk tujuan pembangunan, ketidaksepadanan bekalan perumahan dengan permintaan, dan tekanan persaingan bagi memajukan tanah yang terhad, sehingga nilai hartanah di negeri ini melambung tinggi. Justeru, golongan B40 yang menetap dan bekerja di negeri ini terpaksa menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri. Oleh itu, bagi menangani masalah tersebut, ramai dari kalangan golongan B40 ini memilih untuk tinggal di lokasi yang jauh dari lokasi tempat kerja, sebagai alternatif kepada ketidakmampuan untuk memiliki rumah di dalam bandar. Mereka sanggup berulang-alik jauh dengan menghabiskan masa perjalanan yang lebih panjang bagi melakukan mobiliti ke tempat kerja. Oleh itu, kajian ini telah mengkaji faktor-faktor pemilihan lokasi tempat tinggal serta latar belakang mobiliti ke tempat kerja golongan B40 yang bekerja dalam bandar di Pulau Pinang, bagi mengenalpasti perkaitan antara kedua-dua aspek ini, serta impaknya terhadap kesejahteraan hidup mereka.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17933
dc.subjectPerkaitan Antara Mobiliti Dan Tempat Tinggal Golongan B40 Di Pulau Pinang
dc.titlePerkaitan Antara Mobiliti Dan Tempat Tinggal Golongan B40 Di Pulau Pinang
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files