Publication:
Modifikasi Hidrotermal Terhadap Sifat-Sifat Fiziko-Kimia Tepung Beras

Loading...
Thumbnail Image
Date
1994-02
Authors
Tan Chiew Ming
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Modifikasi hidrotermal terhadap sifat-sifat fiziko-kirnia dan berfungsi tepung beras boleh dilakukan melalui pengolahan haba-lernbapan (H-L) atau penyepuhlindpan. Pengolahan H-L tepung beras pada 800-1300C telah didapati meningkatkan suhu gelatinisasi amilografik (G1), kestabilan pes, dan kecenderungan retrogradasi tetapi menurunkan kelikatan puncak (Vp). Pada amnya amilogram jenis B bagi tepung beras asal telah ditukarkan kepada amilogram jenis C selepas pengolahan H-L. Tepung terolah H-L mempamerkan pengurangan dalam adsorpsi air 'pada mana-mana tekanan wap relatif. Pemerhatian-pemerhatian di atas mungkin disebabkan oleh pertambahan aturan yang mungkin berlaku pada kawasan amorfus dan/atau berhablur dalam granul-granul kanji semasa pengolahan. Suhu pengolahan yang terlalu tinggi mungkin mengakibatkan penurunan dalam berat molekul kanji yang menggalakkan retrogradasi.
Description
Keywords
Hydrothermal alteration
Citation