Publication:
Model pelemahan hujan bagi isyarat satelit

datacite.subject.fosoecd::Engineering and technology::Electrical engineering, Electronic engineering, Information engineering::Electrical and electronic engineering
dc.contributor.authorMohamed Nasir, Nur Hazwani
dc.date.accessioned2024-08-08T02:01:58Z
dc.date.available2024-08-08T02:01:58Z
dc.date.issued2008-03-01
dc.description.abstractSistem perhubungan berkembang dengan pesatnya. Sistem perhubungan yang berkualiti atau berkebolehpercayaan tinggi diperlukan bagi menghasilkan suatu sistem yang global. Dalam perhubungan satelit, isyarat yang berambat dari stesen bumi ke satelit mengalami gangguan daripada berbagai-bagai faktor yang boleh melemahkan kuasa isyarat serta merubah bentuknya sehingga menyukarkan penerima sistem perhubungan untuk memproseskannya. Faktor utama yang melemahkan isyarat satelit yang berfrekuensi 10 GHz ke atas ialah hujan. Analisis data pelemahan hujan pada frekuensi 12.255 GHz dijalankan di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan. Data hujan telah dikumpulkan setahun lebih awal sebelum analisis dibuat. Data ini dibuka dengan menggunakan perisian Kisyo-Disp dan kemudian dikumpul dan dianalisa menggunakan perisian Excel. Kajian ini membandingkan data yang dikumpul dengan data yang diramalkan oleh beberapa model seperti Model ITU, SAM CETUC, SVJATOGOR dan GARCIA. Di antara kelima-lima model tersebut model ITU memberi nilai pelemahan yang paling hampir dengan hasil kajian. Oleh itu, kajian ini telah berjaya membentuk model pelemahan isyarat tertentu bagi sistem komunikasi yang beroperasi pada frekuensi ini.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/20115
dc.language.isoother
dc.titleModel pelemahan hujan bagi isyarat satelit
dc.typeResource Types::text::report
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files