Publication: Hubungan Tributari China-Melaka Zaman Dinasti Ming Dari Tahun 1400 Hingga 1511
Loading...
Date
2022-01
Authors
Tan Hock Chuan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pembukaan Melaka pada tahun 1400 oleh Parameswara menjadikan Melaka muncul sebagai sebuah kawasan yang paling bernilai kepada China. Lantas, Maharaja Yong-le mengutuskan Yin Qing ke Melaka menjalin hubungan luar China melalui sistem tributari. Maharaja Yong-le merupakan maharaja Dinasti Ming teragung dalam pelaksanaan sistem tributari China. Manakala Laksamana Zheng He melalui tujuh ekspedisi ke Lautan Barat (1405-1433) telah berjaya membawa sistem tributari China ke peringkat kemuncak. Dengan terjalin hubungan tersebut bermulalah episod sejarah hubungan Melaka-China selama 111 tahun. Justeru, kajian ini meninjau sejauh mana hubungan tributari China era Dinasti Ming dengan Melaka diamalkan, bukan sahaja dari aspek politik malah meninjau juga dari aspek sosio budaya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan tributari tersebut telah membantu Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15. Selanjutnya, hubungan tributari tersebut juga berasosiasi dengan aspek-aspek sosial budaya seperti terbitnya kamus China-Melayu yang terawal Manlajia Guoyu Yi (Senarai Melayu Melaka), kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya serta pengaruh China dalam seni bina di Melaka. Dalam pada itu, kajian ini banyak memanfaatkan sumber-sumber primer khususnya Ming Shilu (Rekod Rasmi Sejarah Dinasti Ming) untuk mengetengahkan fakta-fakta sejarah yang masih belum diterokai oleh pengkaji terdahulu. Tuntasnya, kajian ini sangat signifikant kerana penulisan ini cuba menolak pandangan klise yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Barat bahawa hubungan tributari China adalah satu bentuk penjajah tradisional yang dikenali sebagai proto-colonialism.
Description
Keywords
Tributary Relation