Publication:
Manhaj Mukhtalif Al-hadith Oleh Al-marbawi Dalam Bahr Al-madhi Li Sharh Al-mukhtasar Sahih Al-tirmidhi.

dc.contributor.authorRazak, Mohd Solleh Bin Ab
dc.date.accessioned2024-01-22T06:26:26Z
dc.date.available2024-01-22T06:26:26Z
dc.date.issued2022-05
dc.description.abstractBahr al-Madhi merupakan salah sebuah karya al-Marbawi dalam menghuraikan hadith dari pelbagai sudut. Antara sudut yang menjadi tumpuan ialah ilmu mukhtalif al-hadith. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu berkaitan mukhtalif al-hadith yang timbul seperti tertib aplikasi penyelesaian terhadap percanggahan antara hadith, pendidikan dan penglibatan al-Marbawi dalam bidang hadith, manhaj al-Marbawi dalam mukhtalif al-hadith berkaitan penggunaan hadith da‘if, penulisan berdasarkan nukilan muhaddithin dan kepatuhan terhadap tertib manhaj muhaddithin. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis manhaj muhaddithin dalam menyelesaikan percanggahan antara hadith berdasarkan ilmu mukhtalif al-hadith, mengkaji ketokohan al-Marbawi dalam kajian hadith dan menganalisis manhaj mukhtalif al-hadith dalam Bahr al-Madhi. Pengkaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data. Selain menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap karya Bahr al-Madhi, data-data yang diperolehi turut dianalisis berdasarkan metode induktif dan metode deduktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat manhaj penyelesaian terhadap percanggahan antara hadith berdasarkan mukhtalif al-hadith di sisi muhaddithin. Manhaj tersebut perlu diaplikasikan mengikut tertib iaitu mendahulukan manhaj al-naskh al-sarih, kemudian al-jam‘, kemudian al-naskh ghayr al-sarih, kemudian al-tarjih dan akhirnya al-tawaqquf.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18165
dc.subjectManhaj Mukhtalif Al-hadith
dc.subjectBahr Al-madhi Li Sharh Al-mukhtasar Sahih Al-tirmidhi
dc.subjectPusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
dc.subjectMohd Solleh Bin Ab Razak
dc.titleManhaj Mukhtalif Al-hadith Oleh Al-marbawi Dalam Bahr Al-madhi Li Sharh Al-mukhtasar Sahih Al-tirmidhi.
dc.typeResource Types::text::thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files