Publication:
Peraturan Tentang Adat, Pemerintahan Dan Sosioekonomi Dalam Undang-Undang Kedah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2022-07
Authors
‘Aisyah Binti Kamaruddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada aspek peraturan tentang adat, pemerintahan dan sosioekonomi yang terkandung dalam teks Undang-undang Kedah. Menerusi beberapa teks Undang-undang Kedah iaitu Undang-undang Kedah naskhah SOAS atau selenggaraan Mariyam Salim (2005), Undang-undang Kedah selenggaraan Winstedt (1928), Undang-undang Kedah naskhah Raffles 77 dan Undang-undang Kedah naskhah Ku Din Ku Meh (1893), kerangka politik tradisional Kedah yang bermula daripada raja sebagai pelaksana undang-undang, pembesar sebagai penggerak dan berakhir dengan rakyat jelata sebagai pelaku kepada perlaksanaan undang-undang tersebut, menjadi induk utama dalam teks undang-undang tersebut. Melalui fasal-fasal yang terkandung dalam Undang-undang Kedah ini, peranan raja sebagai teraju kepimpinan yang perlu diiringi oleh keperibadian dan faham tentang peranannya dalam kehidupan berkerajaan amat ditekankan. Pelantikan pembesar selaku pembantu dan wakil raja yang menjelaskan fungsi pembesar di semua peringkat, bermula dari unit politik negeri sehingga ke pelosok kampung, dengan tugas, kebesaran dan kuasa yang berbeza-beza mengikut taraf masing-masing turut ditonjolkan dalam teks-teks ini. Pembesar dalam kesemua teks Undang-undang Kedah dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mengatur usaha, strategi, dan hala tuju dalam menggerakkan fasa peralihan ekonomi negeri Kedah daripada perdagangan kepada pertanian yang dicapai oleh negeri itu.
Description
Keywords
Citation