Publication:
Penggunaan Fauna Sebagai Makanan Dan Ubatan Dalam Kalangan Orang Asli Di Temengor, - Perak Dan Gua Musang, Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-02
Authors
Ismail, Siti Zubaidah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian etnozoologi telah dijalankan di lapan buah penempatan Orang Asli di Temengor, Perak dan Gua Musang, Kelantan yang terdiri dari suku Jahai dan Temiar. Maklumat berkaitan penggunaan haiwan liar sebagai makanan dan ubatan telah diperoleh melalui temu bual mendalam dalam kalangan tok batin, pengamal perubatan, bidan, pemburu, kaum wanita dan lelaki, serta golongan belia. Hasil kajian mendapati masyarakat Orang Asli di kedua-dua kawasan kajian masih bergantung kepada haiwan liar sebagai sumber utama makanan dan perubatan mereka. Sejumlah 86 spesies haiwan liar didapati telah digunakan sebagai sumber makanan. Daripada jumlah tersebut, 17 spesies haiwan liar telah digunakan untuk merawat 12 jenis penyakit seperti asma, batuk, keracunan, rheumatik dan masalah berkaitan kesuburan lelaki. Manakala kajian komposisi nutrien (analisis proksimat) dilakukan terhadap 12 spesies fauna yang kerap diambil sebagai makanan, mengikut kaedah masakan yang biasa, iaitu kaedah goreng, rebus dan bakar. Masakan bagi kesemua 12 spesies haiwan tersebut mempunyai nisbah 00-3 kepada (1)-6 yang ideal iaitu kurang daripada 4. Manakala nisbah PUF A kepada SF A, ikan Puyu (Anabas testudineusi goreng, Belut (Monopterus alba) rebus dan Siput sedut (Brotia costula) rebus lebih rendah daripada 004. Kaedah masakan secara rebus menyumbang nilai nutrien terbaik berbanding kaedah masakan lain. Hasil kajian ini, menunjukkan komuniti Orang Asli masih bergantung kepada haiwan liar untuk makanan dan ubatan tradisional. Xl
Description
Keywords
Penggunaan Fauna Sebagai Makanan Dan Ubatan Dalam Kalangan Orang Asli
Citation