Publication:
Kajian Penggunaan Tarikan Tinja Lipas Dalam Kawalan Lipas Domestik (Dictyoptera: Blattidae, Blattellidae Dan Blaberidae)

dc.contributor.authorOng, Chen Hsiung
dc.date.accessioned2026-04-02T00:03:50Z
dc.date.available2026-04-02T00:03:50Z
dc.date.issued1998-05
dc.description.abstractKajian ini telah bertumpu kepada penarikan tinja lipas oleh tujuh spesies lipas domestik dan beberapa aspek kegunaan yang mungkin bagi tinja lipas dalam rancangan kawalan lipas. Semua spesies lipas dalam kajian ini adalah serangga asli di pulau pinang, malaysia; mereka adalah periplaneta americana (lipas amerika), periplaneta brunnea (lipas perang), periplaneta australasiae (lipas australia), neostylopyga rhombifolia (lipas harlequin), nauphoeta cinerea (lipas lobster), supel/a iongipalpa (lipas jalur perang) dan blattella germanica (lipas jerman). Semua spesies lipas dalam kajian ini menunjukkan tarikan kepada tinja lipas terutamanya tinja yang dikumuhkan oleh spesies sendiri, kecuali n. Cinerea. Penarikan kebanyakan tinja lipas adalah tidak spesies spesifik; sesetengah tinja lipas dapat menarik lebih daripada satu spesies lipas. Nimfa lipas adalah lebih tertarik kepada tinja lipas jika dibanding dengan lipas dewasa. Bila makanan dicampurkan dengan 1.00% w/w tinja lipas amerika, ia dapat menarik lebih banyak lipas, terutamanya uimfa lipas amerika yang datang ke makanan tersebut.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/23849
dc.titleKajian Penggunaan Tarikan Tinja Lipas Dalam Kawalan Lipas Domestik (Dictyoptera: Blattidae, Blattellidae Dan Blaberidae)
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files