Publication:
Peranan Adat Dalihan Na Tolu Dalam Memperkukuh Hubungan Sosial Antara Komuniti Kristian Dan Muslim Batak Toba Di Tapanuli Utara, Sumatera, Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2025-02
Authors
Samosir, Taripar Aripin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Tesis ini mengkaji hubungan antara komuniti etnik batak toba kristian dan muslim di kabupaten tapanuli utara, sumatera indonesia, dengan tumpuan kepada konsep dalihan na tolu sebagai modal sosial. Dalihan na tolu, sistem adat batak toba, terdiri daripada tiga unsur: hula-hula (keluarga pemberi isteri), dongan sabutuha/dongan tubu (saudara sama marga), dan boru (keluarga penerima isteri). Sistem persaudaraan ini membina rangkaian sosial yang kuat yang mempengaruhi interaksi dan toleransi agama antara komuniti etnik batak toba kristian dan muslim. Matlamat kajian ini adalah: (1) mengenali dimensi dalihan na tolu dalam membentuk modal sosial masyarakat batak toba, (2) mengkaji prinsip interaksi sosial antara komuniti etnik batak toba kristian dan muslim, dan (3) menganalisis prinsip-prinsip pertukaran sosial dalam dalihan na tolu untuk mengukuhkan toleransi beragama. Kaedah yang digunakan adalah kualitatif dengan temubual mendalam dan persampelan bertujuan. Peranan na tolu sebagai modal sosial dikaji dari dua perspektif: modal sosial struktural dan kognitif
Description
Keywords
Social capital
Citation