Publication:
Analisis Kesilapan Dalam Pengembangan Dan Pemfaktoran Ungkapan Aljabar Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

dc.contributor.authorRadah Krishna, Shankar
dc.date.accessioned2025-10-27T08:12:21Z
dc.date.available2025-10-27T08:12:21Z
dc.date.issued2015-07
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar tingkatan empat dalam pengembangan dan pemfaktoran ungkapan aljabar. Responden kajian ini terdiri daripada 133 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di negeri perak. Untuk menganalisis data, pendekatan kuantitatif telah digunakan. Data dikutip menerusi ujian diagnostik pengembangan dan pemfaktoran ungkapan aljabar yang mengandungi lapan bolas soalan iaitu empat soalan dalam pengembangan ungkapan aljabar dan empat belas soalan dalam pemfaktoran ungkapan aljabar. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam pengembangan aljabar iaitu kesilapan lazim pengembangan ungkapan aljabar, penggunaan tata tanda yang salah, percantuman ungkapan serta lain-lain kesilapan yang tidak dapat dikategorikan serta enam jenis kesilapan dalam pemfaktoran ungkapan aljabar iaitu kesilapan faktor sepunya, kesilapan lazim pemfaktoran ungkapan aljabar, penggunaan tata tanda yang salah, percantuman ungkapan, penyelesaian masalah sebagai persamaan dan lain-lain kesilapan yang tidak dapat dikategorikan. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan untuk membandingkan jenis-jenis kesilapan pengembangan dan pemfaktoran ungkapan aljabar di antara pelajar lelaki dan perempuan serta perbandingan di antara pelajar jurusan sains dan vokasional.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/22949
dc.subjectUngkapan Aljabar Dalam Kalangan
dc.titleAnalisis Kesilapan Dalam Pengembangan Dan Pemfaktoran Ungkapan Aljabar Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files