Publication:
Anaemia And Red Blood Cell Transfusion Among Breast Cancer Patients At Tertiary Centres In Kelantan

dc.contributor.authorRamli, Nur Akuna
dc.date.accessioned2026-03-10T02:29:48Z
dc.date.available2026-03-10T02:29:48Z
dc.date.issued2022-05
dc.description.abstractPengenalan: Anemia semasa kemoterapi adalah salah satu beban bagi pesakit kanser. Namun, data yang sedia ada mengenai prevalensi anemia serta rawatan untuk anemia seperti transfusi darah sering berbeza. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prevalensi anemia dan praktis transfusi darah di kalangan pesakit kanser payudara serta menentukan faktor penyebab anemia akibat kemoterapi. Kaedah: Kajian kohort retrospektif ini dilakukan di Kelantan melibatkan 104 pesakit kanser payudara yang menjalani kemoterapi. Chi-square digunakan untuk perbandingan antara kumpulan yang mendapat anemia akibat kemoterapi atau tidak berdasarkan demografik pesakit, kriteria klinikal dan rawatan kanser payudara. Simple dan multiple logistic regression digunakan untuk menentukan hasil yang berkaitan. Keputusan: Sebelum menjalani rawatan kemoterapi, 40.4% pesakit mempunyai anemia. Terdapat 30.8% telah menerima transfusi darah merah semasa kemoterapi dengan purata hemoglobin sebelum transfusi darah ialah 7.9 g/dL. Anemia akibat kemoterapi direkodkan sebanyak 54.8%. Waiau bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan dicatatkan berkenaan anemia akibat kemoterapi dari segi demografik pesakit, data klinikal dan rawatan kanser payudara. Kesimpulan: Peratusan anemia yang tinggi dicatatkan di kalangan pesakit kanser payudara yang meningkat selepas menjalani kemoterapi. Lebih kurang 1/3 daripada pesakit memerlukan transfusi darah merah. Penilaian awal mengenai pesakit yang berisiko untuk anemia dengan penggunaan erythropoietin dan iron boleh mengurangkan prevalensi anemia akibat kemoterapi. Mengoptimumkan rawatan untuk anemia adalah penting, seterusnya meminimumkan akibat buruk dan membantu pesakit.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/23759
dc.language.isoother
dc.subjectAnaemia And Red Blood Cell Transfusion
dc.subjectBreast Cancer
dc.subjectNur Akuna
dc.subjectUniversiti Sains Malaysia
dc.subjectAMDI
dc.titleAnaemia And Red Blood Cell Transfusion Among Breast Cancer Patients At Tertiary Centres In Kelantan
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files