Publication: Tipologi Seni Bina Sekolah Kolonial Era British Di Tapak Warisan Dunia Unesco Melaka
Loading...
Date
2022-07
Authors
Che Yusof, Muhammad Adam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sekolah kolonial peninggalan era penjajahan British merupakan antara khazanah
negara yang tidak terjangkau nilainya. Ciri-ciri seni bina yang terdapat pada sekolah
kolonial ini juga mengandungi seribu satu falsafah dan makna yang tersembunyi dan
tidak boleh dijumpai pada mana-mana binaan sekolah moden pada ketika ini. Namun,
kini nilai warisan sekolah-sekolah kolonial ini kian diabaikan oleh pelbagai pihak.
Tambahan pula, terdapat juga sekolah kolonial yang tidak mengambil berat berkaitan
perubahan fizikal sekolah yang tidak konsisten dan boleh mengancam kepada imej
sekolah. Selain itu, pihak-pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan
pihak sekolah juga kekurangan dari segi pendokumentasian berkenaan latar belakang,
reka bentuk dan seni bina sekolah kolonial secara mendalam melalui inventori untuk
dijadikan panduan dan rujukan. Malah, kajian-kajian terdahulu juga kurang
menyentuh aspek tipologi bagi sektor sekolah kolonial dan hanya melibatkan
bangunan-bangunan lain sahaja. Oleh itu, kajian ini menyelidik dan mengkaji identiti
sekolah, komponen dan prinsip reka bentuk binaan bangunan sekolah terbabit, dan
seterusnya mengenal pasti serta membentuk tipologi seni bina bagi sekolah-sekolah
kolonial yang dipilih. Bagi memastikan objektif kajian tercapai, kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif secara keseluruhannya dengan beberapa pendekatan
seperti kajian kes, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dari sudut kajian
kes, ia akan melibatkan sekolah-sekolah kolonial yang berada di dalam kawasan zon
warisan UNESCO iaitu zon teras dan zon penampan sahaja.
Description
Keywords
Tipologi Seni Bina , Sekolah Kolonial , Unesco Melaka