Publication:
Penterjemahan Perkataan Berunsurkan Budaya Dalam Buku Bergambar Puisi Kanak-kanak Bijak Si Katak Bijak Ke Dalam Bahasa Jepun

Loading...
Thumbnail Image
Date
2022-05
Authors
Ahmad, Mazlan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Perkataan berunsurkan budaya seringkali memberikan cabaran dan menguji kreativiti penterjemah dalam menyempurnakan tugasan menyampaikan mesej teks sumber ke teks sasaran. Cabaran ini ditambah lagi dengan kehadiran elemen visual yang perlu diambil perhatian oleh penterjemah dalam menterjemahkan perkataan berunsurkan budaya. Justeru itu, kajian ini bertujuan menyenaraikan dan mengklasifikasikan perkataan berunsurkan budaya, mengenal pasti cara penterjemah menterjemahkan perkataan berunsurkan budaya, dan meneliti hubungan elemen verbal dengan visual dalam mempengaruhi cara penterjemah mengendalikan penterjemahan perkataan berunsurkan budaya. Kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada perkataan berunsurkan budaya yang terkandung dalam teks buku bergambar kanakkanak nukilan Siti Zainon Ismail, iaitu Bijak Si Katak Bijak yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Selain itu, pendekatan berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dimanfaatkan dalam menjalankan kajian ini. Sebanyak 179 (11%) perkataan berunsurkan budaya daripada 1671 perkataan dengan kekerapan sebanyak 282 telah dikenal pasti dan disenaraikan oleh pengkaji berdasarkan definisi dan klasifikasi oleh
Description
Keywords
Penterjemahan Perkataan Berunsurkan Budaya , Puisi Kanak-kanak Bijak Si Katak Bijak Ke Dalam Bahasa Jepun , Budaya Dalam Buku Bergambar Puisi , Ahmad Mazlan , Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan , P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Citation