Publication:
Penilaian Ke Atas Model Politik Penggabungan Dalam Sistem Politik Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2025-09
Authors
Sulaiman, Aizatie Najmin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Ketidakstabilan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mengubah corak pemerintahan Malaysia, dengan kemuncaknya pada PRU15 yang menghasilkan Parlimen tergantung dan pembentukan kerajaan perpaduan pertama dalam sejarah negara. Kajian ini menilai keberkesanan model politik gabungan pasca PRU15 dengan meneliti faktor yang mempengaruhi kestabilan, kerjasama dan keberfungsian gabungan politik di Malaysia. Berpaksikan kerangka Teori Pilihan Awam, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur melibatkan 31 informan utama daripada pelbagai blok politik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Hasil analisis menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan berjaya mewujudkan kestabilan jangka pendek, namun berdepan cabaran dalam penyelarasan dasar, perbezaan ideologi dan defisit kepercayaan antara parti. Ketiadaan piagam bersama, dominasi entiti tertentu dan struktur gabungan yang kabur dikenal pasti sebagai faktor utama yang menjejaskan keberkesanan pentadbiran. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan wacana politik gabungan di negara berbilang kaum serta menawarkan kerangka alternatif yang lebih inklusif dan strategik bagi pembentukan gabungan masa hadapan.
Description
Keywords
Coalition governments--Malaysia , Political parties
Citation