Publication:
Pengaruh Agen Sosialisasi Politik Terhadap Mahasiswa Dan Politik Kampus Di Malaysia

dc.contributor.authorSabri, Muhammad Amir Asyraf Mohd
dc.date.accessioned2025-05-27T08:44:21Z
dc.date.available2025-05-27T08:44:21Z
dc.date.issued2024-09
dc.description.abstractKajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan pengaruh agen sosialisasi politik terhadap mahasiswa dan politik kampus di Universiti Awam dalam Malaysia. Agen sosialisasi politik merujuk kepada kelompok yang berpotensi untuk memupuk nilai dan tingkah laku politik terhadap golongan sasaran. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui kaedah penyelidikan kuantitatif dan melalui agihan borang soal selidik. Sampel kajian melibatkan seramai 250 orang mahasiswa dari lima buah Universiti Awam iaitu, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kaedah pensampelan pula menggunakan teknik pensampelan berstrata dan dianalisis melalui deskriptif dan kolerasi. Kajian mendapati bahawa agen sosialisasi politik yang paling dominan dalam mempengaruhi mahasiswa adalah media massa berbanding keluarga, rakan sebaya, parti politik dan institusi pendidikan. Selain itu, terdapat dua cabaran politik nasional yang turut memberi impak pada politik kampus iaitu penglibatan mahasiswa dalam politik nasional dan polarisasi politik. Namun demikian, tahap penglibatan mahasiswa dalam politik kampus masih berada pada tahap yang sederhana. Rangkuman keseluruhanya mendapati penglibatan mahasiswa dalam proses sosialisasi politik pada tahap yang tinggi cenderung untuk terlibat secara aktif dalam bidang politik berbanding mahasiswa lain yang hanya mengalami proses sosialisasi politik pada tahap yang rendah.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/21941
dc.language.isoen_US
dc.subjectPengaruh Agen Sosialisasi Politik
dc.subjectMahasiswa Dan Politik Kampus
dc.subjectPolitik Kampus
dc.subjectMahasiswa Dan Politik Kampus Di Malaysia
dc.subjectSabri
dc.subjectMuhammad Amir Asyraf Mohd
dc.subjectPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.
dc.titlePengaruh Agen Sosialisasi Politik Terhadap Mahasiswa Dan Politik Kampus Di Malaysia
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files