Publication:
Permodelan Ruang Masa Penyakit Tuberkulosis Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorAriffin, Nur Afiqah
dc.date.accessioned2024-03-06T01:53:50Z
dc.date.available2024-03-06T01:53:50Z
dc.date.issued2022-11
dc.description.abstractDi Malaysia, trend kes tibi menunjukkan peningkatan saban tahun. Trend kes tibi di Pulau Pinang turut menunjukkan trend meningkat sejak tahun 2011. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan pemodelan ruang masa penyakit tibi dengan mengkaji taburan ruangan kes tibi dan perkaitannya dengan demografi dan faktor persekitaran di mukim Pulau Pinang. Data kes tibi lima tahun kajian (tahun 2013 hingga tahun 2017) berjumlah sebanyak 6,539 kes tibi yang merangkumi data umur, jantina, kumpulan etnik dan populasi imigran (bukan warganegara) diperolehi daripada Unit TB/Kusta Jabatan Negeri Pulau Pinang. Manakala data isi rumah, jumlah tempat kediaman dan kepadatan penduduk diperolehi daripada data banci 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kaedah lokasi ciri pusat, bujuran sisihan piawai (standard deviation ellipse), Indeks Moran, statistik Getis-ord Gi*, dan pengesanan space-time poisson model digunapakai untuk mengenal pasti taburan ruangan dan ruang-masa kes tibi. Ordinary least squares (OLS) dan Geographically Weighted Regression (GWR) digunakan untuk menentukan hubungan faktor antara pembolehubah dalam ruangan demografi dan persekitaran dengan kes tibi. Analisis autokorelasi ruangan menunjukkan bahawa kes tibi adalah bersifat berkelompok dan signifikan (p>0.05) bagi lima tahun kajian, sementara hasil Getis-Ord Gi* menunjukkan lokasi titik panas yang kosisten berlaku di mukim Bandaraya George Town di daerah Timur Laut.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18554
dc.subjectPermodelan Ruang Masa Penyakit
dc.subjectTuberkulosis Di Pulau Pinang
dc.titlePermodelan Ruang Masa Penyakit Tuberkulosis Di Pulau Pinang
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files