Publication:
Kesejahteraan Pembangunan Komuniti Dalam Kalangan Penduduk Program Perumahan Rakyat (Ppr), Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

dc.contributor.authorTamizi, Nor Emyzura Ahmad
dc.date.accessioned2024-02-05T04:54:37Z
dc.date.available2024-02-05T04:54:37Z
dc.date.issued2022-06
dc.description.abstractTesis ini bertujuan untuk mengkaji kesejahteraan pembangunan komuniti dalam kalangan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR), di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kajian ini timbul apabila terdapat kelompangan terhadap ketidaksejahteraan dan ketidakseimbangan pembangunan komuniti di PPR. Oleh itu, Program PPR merupakan satu dasar Kerajaan dalam menyeimbangi keperluan asas tempat tinggal kepada rakyat yang tergolong dalam kategori B40 untuk memelihara hak kemanusiaan rakyat Malaysia agar menjalani kelangsungan kehidupan yang sejahtera. PPR sebagai Key Performance Indicator (KPI) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diberi fokus terhadap keberkesanan tahap kesejahteraan PPR. PPR juga menitik beratkan elemen kualiti hidup, penyertaan komuniti dan kesejahteraan sosial kepada penghuninya. Namun, wujudnya permasalahan apabila mengaitkan isu kesejahteraan pembangunan komuniti PPR, antaranya ialah ketidakcapaian kesejahteraan tersebut. Objektif kajian adalah bagi mengkaji hubungan dan kesan faktor kualiti hidup dan penyertaan komuniti terhadap kesejahteraan pembangunan komuniti di PPR. Kajian menggunakan kaedah gabungan (mixed method) berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan data primer dan data sekunder
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18287
dc.language.isoen_US
dc.subjectKesejahteraan Pembangunan Komuniti
dc.subjectProgram Perumahan Rakyat (Ppr)
dc.subjectDi Seberang Perai Utara Pulau Pinang
dc.subjectTamizi Nor Emyzura Ahmad
dc.subjectPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
dc.titleKesejahteraan Pembangunan Komuniti Dalam Kalangan Penduduk Program Perumahan Rakyat (Ppr), Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files