Publication: Hubungan Antara Sikap, Norma Subjektif, Tanggapan Kawalan Tingkah Laku, Faktor Kontekstual, Niat Dan Kebimbangan Statistik Dalam Kalangan Pelajar Universiti
Loading...
Date
2024-07
Authors
Rusli, Nur Sophia
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kebimbangan statistik adalah satu masalah yang sering dialami oleh pelajar
universiti semasa mempelajari statistik. Ianya bukan sahaja boleh menggangu proses
pembelajaran malah boleh memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Terdapat
banyak faktor yang dikaitkan dengan kebimbangan statistik termasuklah faktor
disposisi, faktor situasi, dan faktor persekitaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji pengaruh sikap terhadap statistik, norma subjektif, tanggapan kawalan
tingkah laku, niat mempelajari statistik, kebimbangan statistik, dan faktor kontekstual
dalam kalangan pelajar universiti. Perbezaan jantina bagi setiap variabel ini dianalisis
menggunakan MANOVA. Manakala model hipotesis yang menerangkan tentang
hubungan diantara variabel-variabel ini dengan kebimbangan statistik dianalisis
menggunakan Analisis Regresi Berhirarki. Selain itu, fungsi niat mempelajari
satatistik sebagai mediator serta fungsi faktor kontekstual sebagai moderator juga turut
dikaji dalam kajian ini menggunakan PROCESS Makro. Terdapat enam bahagian
soalan dalam soal selidik ini yang melibatkan skala Likert.
Description
Keywords
Sikap , Pelajar Universiti