Publication: Teknik peningkatan kontras berautomatik (automated contrast enhancement technique).
| datacite.subject.fos | oecd::Engineering and technology::Electrical engineering, Electronic engineering, Information engineering::Electrical and electronic engineering | |
| dc.contributor.author | Zakaria, Milah | |
| dc.date.accessioned | 2026-11-20T02:30:44Z | |
| dc.date.available | 2026-11-20T02:30:44Z | |
| dc.date.issued | 2006-05 | |
| dc.description.abstract | Teknik Peningkatan Kontras ialah suatu proses yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti sesuatu imej supaya mudah untuk dikenalpasti dan dianalisis terutamanya dalam bidang perubatan. Ia merujuk kepada sebarang teknik yang dapat memperbaiki atau mengubah paras kelabu atau data imej, sama ada untuk tujuan penafsiran imej atau untuk menjalani proses-proses peningkatan imej yang seterusnya. Jenis-jenis imej yang terlibat ialah imej sinar-X pada bahagian dada, imej sinar-X pada bahagian payudara, dan imej ultrabunyi. Projek ini juga melibatkan teknik-teknik peningkatan kontras berautomatik, iaitu penyebaran nilai-nilai paras kelabu yang sebelum ini dimasukkan oleh pengguna akan dikesan secara automatik melalui histogram bagi imej tersebut. Ia kemudiannya terus diimplementasi ke dalam teknik-teknik peningkatan kontras yang berkaitan. Teknik-teknik yang diimplementasikan secara automatik ini adalah Teknik Regangan Kontras, Teknik Regangan Cerah dan Teknik Regangan Gelap. Namun begitu, bagi Teknik Regangan Cerah dan Gelap, faktor mampatan dan faktor regangan masih perlu ditentukan oleh pengguna untuk kesesuaian pada imej yang akan dihasilkan nanti. Selain itu, kod aturcara bagi dua teknik peningkatan kontras tambahan juga telah dihasilkan, iaitu bagi Teknik Penuras Kuwahara dan Teknik Penuras Simetri Kejiranan Terdekat. Kedua-dua teknik ini menggunakan implementasi yang berbeza dan keluaran yang diperoleh juga adalah berbeza. | |
| dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/25585 | |
| dc.language.iso | other | |
| dc.title | Teknik peningkatan kontras berautomatik (automated contrast enhancement technique). | |
| dc.type | Resource Types::text::report::technical report | |
| dspace.entity.type | Publication | |
| oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |