Publication:
Kajian Mengenai Nilai Estetika Pergerakan “Senaman Melayu Tua” Melalui Teknologi Motion Capture

dc.contributor.authorMd Isa, Wahyuni Masyidah
dc.date.accessioned2024-05-02T03:42:48Z
dc.date.available2024-05-02T03:42:48Z
dc.date.issued2023-05
dc.description.abstractKajian ini memfokuskan nilai-nilai estetika dalam visual digital data yang divisualisasikan dari pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya ‘Selangkah Guru’, ‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’. “Senaman Melayu Tua” merupakan pergerakan senaman tradisional Melayu terapeutik yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 sebagai Kaedah Rawatan Alternatif untuk kesejahteraan jasmani dan rohani. Pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya ‘Selangkah Guru’, ‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’ mempersembahkan pergerakan berfalsafah yang unik mengenai keterampilan individual secara jasmani dan rohani. Tambahan pula, pengasas turut menyatakan bahawa pergerakan ini melukis sesuatu yang indah namun tidak dapat dilihat melalui penglihatan mata. Secara amnya, validasi terhadap visual estetika yang memberi manfaat terhadap kesejahteraan hanya dijustifikasi dari persepektif saintifik, dimana hanya membincangkan visual tersebut pada tahap macro semata-mata kerana visual tersebut berinspirasikani alam flora, fauna serta bentuk-bentuk yang organik. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kejurangan antara bidang seni dan sains dalam memvalidasikan visual estetika dari pergerakan yang sejahtera secara makro dan mikro. Melihat kepada permasalahan yang diutarakan, kajian ini cuba untuk melihat keharmonian nilai estetika pergerakan “ Senaman Melayu Tua” yang katakan mampu memberi kesejahteraan dari jasmani dan rohani melalui pendekatan triangulasi teori.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/19068
dc.subjectKajian Mengenai Nilai Estetika Pergerakan “Senaman Melayu
dc.subjectMelalui Teknologi Motion Capture
dc.titleKajian Mengenai Nilai Estetika Pergerakan “Senaman Melayu Tua” Melalui Teknologi Motion Capture
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files