Publication: Analisis taburan hujan di sitiawan menggunakan rangkaian neural
Loading...
Date
2007-03-01
Authors
Abu Kasim, Yazid
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Projek ini membincangkan tentang kecerdikan buatan untuk menganalisis taburan hujan di Sitiawan. Teknik kecerdikan buatan adalah meliputi rangkaian neural buatan, sistem mahir, sistem fuzzi dan sebagainya. Metodologi yang digunakan bagi kecerdikan buatan adalah Perceptron Berbilang Lapisan. Data yang digunakan merangkumi data selama 30 tahun. Bilangan data yang digunakan secara keseluruhan adalah sebanyak 360 data dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu set data latihan dan set data pengujian. Jumlah sampel latihan adalah 200 manakala jumlah sampel ujian adalah 160. Penganalisisan taburan hujan menggunakan kedua-dua kaedah rangkaian neural dapat menentukan samada hujan atau sebaliknya melalui pembelajaran yang dilakukan. Perisian Matlab 7 digunakan untuk mengimplementasikan rangkaian neural buatan ini. Jenis algoritma pembelajaran yang dipilih untuk melatih rangkaian tersebut adalah algoritma `Bayesian regularization`. Fasa latihan dilakukan dahulu sebelum fasa pengujian. Fasa pengujian dilakukan untuk melihat sejauh mana kebolehan sistem rangkaian neural buatan dalam menganalisis taburan hujan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa analisis tersebut memberikan nilai peratus kejituan yang tinggi iaitu 100%. Ini menandakan bahawa rangkaian neural buatan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menganalisis taburan hujan di Sitiawan.