Publication: Sebuah Analisis Mengenai Peranan Dan Kesan Gerakan Masyarakat Dalam Mengubah Landskap Politik Di Malaysia
Date
2023-07
Authors
Mohd Salleh, Muhamad Mursyid
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini bertujuan mengkaji peranan dan kesan gerakan masyarakat dalam mengubah landskap demokrasi di Malaysia yang akan diperincikan melalui Gerakan Reformasi 1998, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), dan Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) sama ada gabungan tersebut membentuk kepada perubahan landskap demokrasi di Malaysia ataupun tidak. Empat elemen yang menjadi kayu pengukur adalah ideologi, strategi, struktur dan aktor. Kajian ini juga akan memperlihatkan sama ada gerakan-gerakan ini semua dapat mengubah pola gerakan masyarakat serta mengubah landskap demokrasi di Malaysia. Di awal penulisan kajian ini diterangkan bagaimana gerakan masyarakat di Malaysia dengan mengambil panduan dari sebelum dan selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Seterusnya, kajian ini juga akan membahaskan keadaan sosiopolitik yang mendasari kepada ketiga-tiga gerakan tersebut dan melihat bentuk advokasi yang dilakukan dalam usaha untuk menawarkan sebuah gerakan masyarakat di Malaysia.
Description
Keywords
Sebuah Analisis Mengenai Peranan Dan Kesan Gerakan Masyarakat , Mengubah Landskap Politik Di Malaysia