Publication: Sukatan prestasi pembuatan
Date
2000-01-01
Authors
Ramly, Mohd Rizal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Aktiviti pembuatan merupakan salah satu elemen penting dalam perindustrian sesebuah negara. Dalam erti kata lain, dalam perniagaan aktiviti pembuatan dapat memberi manfaat kepada syarikat dan juga ekonomi sesebuah negara. Maka adalah penting bagi sesebuah syarikat untuk memperolehi keuntungan yang sewajarnya daripada aktiviti yang dilakukan. Apabila dilihat dengan teliti, industri pembuatan perlu mempunyai strateginya yang akan dapat merealiasasikan objektif syarikat. Dalam projek ini, kajian dibuat untuk melihat bagaimana prestasi pembuatan ditentukan bagi sesebuah syarikat. Andaian yang dibuat ialah prestasi pembuatan seharusnya selari dengan strategi sesuatu syarikat untuk memperolehi kejayaan yang berterusan. Kajian ini akan menilai samaada persaingan semulajadi akan mempengaruhi jenis-jenis sukatan prestasi pembuatan yang digunakan oleh firma dalam bidang pembuatan. Secara keseluruhannya, tiada bukti menunjukkan bahawa faktor kewangan adalah lebih penting berbanding dengan faktor bukan kewangan ataupun sebaliknya dalam mengira prestasi pembuatan sesuatu firma. Penekanan yang diberikan oleh pengukur kawalan belanjawan tradisi, yang dinamakan belanjawan lawan nilai sebenar dan kepelbagaian kos adalah lebih rendah daripada sesetengah faktor bukan kewangan seperti bilangan pelanggan yang membuat rungutan, peratusan tiba pada waktunya (on-time delivery) dan juga peratusan bilangan produk yang rosak.