Publication:
The study of hollow rectangular subjected to torsional force

Thumbnail Image
Date
2000-01-01
Authors
Mohamed, Intan Fadhlina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian terhadap ubahbentuk sesuatu bahan biasanya boleh dibuat daripada berbagai perspektif. Salah satu daripadanya adalah ubahbentuk kilasan yang disebabkan oleh momen kilasan pada arah-arah tertentu. Projek ini membincangkan analisis ke atas nilai kilasan yang dikenakan pada satu rasuk terjulur (cantilever beam). Tujuan analisa ini adalah untuk menentukan nilai kilasan yang dikenakan ke atas suatu rasuk dengan menggunakan kaedah elemen terhingga (finite element method). Keputusan yang diperolehi dibandingkan pula dengan keputusan menggunakan kaedah analogi membran (membrane analogy).Kaedah elemen terhingga adalah satu kaedah yang sesuai untuk kebanyakan keadaan yang melibatkan bahagian yang agak kritikal berbanding kaedah lain yang agak terhad penggunaannya. Suatu bentuk sistem yang umum iaitu sebatang aci padu bermuka rentas segiempat sama dijadikan model rujukan untuk analisis yang dijalankan. Kemudian, analisa untuk kes yang lebih kompleks iaitu aci padu ditukarkan kepada aci berongga dilakukan. Terdapat keadaan kritikal yang perlu dipertimbangkan bagi membuat analisa keatas aci berongga dengan membuat beberapa andaian yang diperlukan. Seterusnya, pengiraan dilakukan untuk kes rasuk terjulur bermuka rentas segitiga.Pengaturcaraan komputer menggunakan program FORTRAN ditulis dalam analisis ini bagi menentukan nilai kilasan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa membuat pengiraan.
Description
Keywords
Citation