Publication: Pembangunan sistem penggasan biojisim bagi menjana kuasa 20 kw untuk kegunaan di kawasan pendalaman
Date
2001-02-01
Authors
Gorment, Mohd. Zahiri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dengan penurunan keluaran petroleum dan akan mengalami penurunan seterusnya, dijangkan malaysia akan kehabisan simpanan tenaga petroleumnya dalam masa 20 hingga 30 tahun lagi sekiranya penggunaannya tidak dikawal (Hall, 1992).Langkah yang wajar bagi mengatasi masalah ini ialah dengan membagunkan sistem tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga biojisim, ombak, keadaan pasang surut air laut, air, haba bumi, cahaya, angin dan lain-lain lagi. Dalam projek ini, sistem yang sedia ada seperti penukar haba, set penjana, pemisah pusar, penggas dan rotameter telah dipasang dan memerlukan sedikit pengubahsuaian bagi menghasilkan gas yang berkualiti dan boleh dikomersialkan. Ujikaji secara kuantitatif dan kualitatif perlulah dijalankan serta dibuat analisis bagi membuktikan sistem yang direkabentuk mempunyai spesifikasi yang ditetapkan. Daripada ujikaji yang dijalankan menggambarkan sistem ini mampu mengurangkan penggunaan diesel sebanyak 40-60% dengan menggunakan gas hasilan. Namun demikian, keboleharapan penggunaan gas hasilan terhadap enjin diesel belom dapat dibuktikan dan memerlukan penyelidikan yang selanjutnya. Dari keputusan ujikaji dan penilaian yang dibuat, sistem penggasan ini mampu dikomersialkan dan sekiranya teknologi yang sedia ada dimajukan lagi maka keberkesanan sistem akan bertambah seterusnya dapat memastikan bekalan tenaga dimasa akan datang terjamin dan berterusan.