Publication: Rekabentuk sistem penyejukan pengering dengan bantuan sistem penyejukan penyerapan
Date
2001-02-01
Authors
Hashim, Muhamad Hasnusi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Industri sistem penyejukan dan penyamanan udara menghadapi beberapa cabaran yang sengit menjelang abad baru ini.Antara cabaran yang paling utama ialah untuk meningkatkan sistem penyejukan dan penyamanan udara pada satu tahap yang paling efisien dari segi penggunaan tenaga dan kos yang terlibat.Pada masa kini hampir keseluruhan sistem penyejukan dan penyamanan udara menggunakan kuasa elektrik atau bahan api fosil untuk menjalankan operasinya. Kesemua tenaga ini tidak dapat diperbaharui malah akan kehabisan sumbernya selaras dengan populasi dunia yang semakin berkembang.Industri-industri maju seperti kilang-kilang pembuatan, pasaraya dan kawasan perumahan membangun dengan pesatnya.Di sini dapat dilihat bahawa beban penggunaan kuasa elektrik yang semakin meningkat selaras dengan permintaan guna tenaga dari industri-industri berkenaan. Matlamat utama kajian ini ialah untuk merekabentuk sistem penyejukan bahan pengering (desiccant cooling) untuk digunakan bersama-sama dengan sistem penyejukan penyerapan (absorption cooling).Kedua-dua sistem ini menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama untuk menjalankannya. Sistem penyejukan bahan pengering atau lebih dikenali dengan nama Desiccant Cooling merupakan satu sistem sokongan yang akan digunakan bersama-sama dengan sistem penyejukan penyerapan untuk menyejukkan sesuatu ruang yang tertutup. Rekabentuk yang dibuat adalah untuk menggabungkan sistem penyejukan bahan pengering (desiccant cooling) dengan sistem penyejukan penyerapan (absorption cooling) dengan mengambilkira kesesuaiannya untuk digunakan di Malaysia.