Publication: Penyingkiran Besi Dan Nutrien Daripada Larut Resap Menggunakan Karbon Teraktif Dan Amfoterik Surfaktan-Diubahsuai Zeolite
Loading...
Date
2014-06
Authors
Abdullah, Rohana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Larut resap tapak pelupusan terkenal sebagai air sisa yang kompleks di mana komposisi dan kepekatan bahan pencemar kebanyakannya dipengaruhi oleh jenis sisa dideposit dan usia tapak pelupusan. Rawatan larut resap menggunakan karbon teraktif berbutir (GAC) dalam menyingkirkan besi dan amfoterik surfaktandiubahsuai zeolit (SMZ) bagi pengambilan NH3-N dan nutrien lain (N, P, & K) telah dikaji. Kecekapan penjerapan telah ditentukan oleh satu siri eksperimen penjerapan kumpulan menggunakan peralatan ujian balang. GAC yang di pra-rawat dengan 1.5N NaOH digunakan kerana ia menunjukkan prestasi penjerapan besi yang lebih baik. Selain itu, zeolite yang menjalani pengubahsuaian permukaan dengan 0.03M amfoterik Miranol C2M telah dipilih untuk kajian lanjut. Keputusan kajian kumpulan menunjukkan GAC dapat menyingkirkan 90.29% besi berbanding 50.25% menggunakan KOH sebagai pemendak kimia. Sementara itu, amfoterik SMZ telah dioptimumkan menggunakan RSM dan berkesan menjerap warna, NH3-N dan nutrien lain (N, P, & K) berbanding dengan zeolit asli. Kebolehgunaan amfoterik SMZ sebagai produk baja lambat bebas diperhatikan.
Description
Keywords
Penyingkiran Besi Dan Nutrien Daripada Larut Resap Menggunakan Karbon Teraktif