Publication:
Nanostruktur silikon disediakan dengan proses punaran tanpa elektrod.

Thumbnail Image
Date
2008-04
Authors
Tan, Wei Loon
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Nanowayar silikon (SiNWs) telah dihasilkan dengan menggunakan proses punaran tanpa elektrod di atas wafer silikon, manakala nanopartikel silikon (SiNPs) disintesis dengan memunar serbuk silikon dalam larutan HF, HNO3 dan CH3COOH (HNA). Pelbagai jenis dan orientasi wafer silikon telah dipilih iaitu n (100), n (111), p (100), p (111) untuk menghasilkan SiNWs. Larutan asid hidroflorik (HF) dengan kepekatan 5 mol/L dan argentum nitrat (AgNO3) 0.01 mol/L telah digunakan sebagai larutan pemunar untuk menghasilkan SiNWs. Kaedah ini berkaitan dengan proses elektrokimia dimana silikon dioksidakan dan argentum diturunkan secara serentak. Untuk penyediaan SiNPs, serbuk silikon telah dipunar pada suhu dan masa yang berbeza dalam bikar teflon yang mengandungi larutan punaran HNA. Struktur SiNWs dan SiNPs telah dikaji dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron dengan pancaran medan dan tekanan boleh ubah (VPFESEM) dan mikroskop hantaran elektron (TEM). Orientasi SiNWs dan struktur SiNPs dengan diameter terkecil 59.5 nm didapati. Spektroskopi fotopendarkilau (PL) digunakan untuk pencirian sifat optik SiNWs dan SiNPs manakala mikroskop daya atomik (AFM) digunakan untuk pencirian topografi dan sifat elektronik SiNWs.
Description
Keywords
Citation