Impak Projek Tebus Guna Tanah Pantai Terhadap Masyarakat Di Manado, Indonesia
Loading...
Date
2016-11
Authors
Walukow, Rudy Hartje
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Disebabkan tanah untuk pembangunan adalah terhad, maka salah satu alternatif mengatasi masalah kekurangan tanah adalah melalui kaedah tebus guna. Hal ini kerana kawasan pesisiran pantai dan laut merupakan kawasan yang amat luas dan dapat dimanfaatkan fungsinya menjadi kawasan daratan untuk dibangunkan. Bandar Manado mempunyai panjang garis pantai sejauh 5.9 km dan hampir 30 peratus penduduknya mendiami kawasan tepi pantai. Ia menjadikan tebus guna sebagai pilihan terbaik untuk perancangan pembangunan masa hadapan. Walau bagaimanapun dengan membuka kawasan tebus guna tanah pantai di Manado, menyebabkan pelbagai implikasi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menganalisis persepsi masyarakat terhadap pembangunan tebus guna tanah pantai di Bandar Manado, Indonesia, mengkaji kesan projek tebus guna tanah pantai terhadap masyarakat dan persekitarannya dari segi ekonomi, sosiobudaya, alam sekitar dan undang-undang tanah dan mengkaji faktor-faktor yang menghalang projek pembangunan tebus guna pantai mencapai matlamat pembangunan lestari. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam melakukan kutipan data dengan cara meliputi kajian literatur, pengamatan langsung serta temu bual. Manakala kaedah analisis data pula dilakukan secara kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Jumlah responden yang dipilih adalah seramai 100 orang yang mempunyai kriteria seperti masyarakat yang tinggal di tepi pantai Manado, mendiami kawasan tepi pantai lebih daripada 30 tahun, mengetahui pembinaan tebus guna pantai, nelayan dan mempunyai pekerjaan sambilan berniaga. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menyokong pembangunan tebus guna di Manado. Hal ini menjelaskan bahawa masyarakat menginginkan perubahan dalam taraf kehidupan mereka. Selain itu, kebanyakan responden juga sangat bersetuju bahawa dengan adanya pembangunan tebus guna, maka ekonomi masyarakat tempatan meningkat. Namun begitu, pembangunan projek tebus guna turut menyebabkan pelbagai impak terhadap alam sekitar. Selain itu, didapati bahawa status tanah di kawasan projek tebus guna Manado bukan merupakan Hak Milik. Ia merupakan tanah yang berstatus Hak Guna Bangunan (HGB). Kajian ini menyarankan supaya kerajaan tempatan dan pihak berkuasa di Manado memberi perhatian yang serius terhadap kesan alam sekitar dan kesan undang-undang bagi mengelakkan implikasi negatif pembangunan tebus guna terhadap penduduk dan bandar Manado.
Description
Keywords
Impak projek tebus guna tanah pantai , terhadap masyarakat Di manado, indonesia