Reka bentuk "down converter" untuk sistem komunikasi mikro gelombang

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-06
Authors
Ain, Mohd Fadzil
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Blok penukarturun yang dipasang pada penyuap antena parabola adalah nadi kepada sistem komunikasi gelombang mikro. Penukarturun yang digunakan untuk sistem penerima bagi satelit MEASAT bertindak menukarkan isyarat pada jalur Ku kepada jalur L. Ini membolehkan penghantaran isyarat melalui kabel sepaksi dibuat ke penyahkod di dalam bangunan. Menyedari tentang kepentingan blok penukarturun sistem komunikasi gelombang mikro, kajian ini dilakukan untuk mereka bentuk blok penukarturun gelombang mikro yang beroperasi pada jalur Ku. Dua jenis litar penukarturun telah direka bentuk iaitu jenis superheterodin dan jenis homodin. Litar penukarturun superheterodin telah berjaya direka bentuk sepenuhnya dan mampu beroperasi dengan memuaskan. Litar penukarturun homo din tidak beroperasi seperti yang diharapkan disebabkan beberapa faktor yang telah dikenal pasti. Litar penukarturun superheterodin sesuai direka bentuk menggunakan peranti gelombang mikro seperti FET atau PHEMT di atas papan litar tercetak dan saiznya agak kecil. Bagaimanapun, litar penukarturun homodin tidak sesuai direka bentuk mengikut kaedah di atas. Namun begitu, ianya sesuai direka bentuk secara MMIC (Monolithic Mic1;owave Integrated Circuit).
Description
Keywords
Blok penukarturun yang dipasang pada penyuap antena parabola adalah , nadi kepada sistem komunikasi gelombang mikro
Citation