Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Usahawan Mikro Lepasan Program Inkubator Giatmara

Loading...
Thumbnail Image
Date
2019-05
Authors
Ishak, Ismadi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Perniagaan mikro merupakan bentuk perusahaan terbesar yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Dalam memastikan kelangsungan perniagaan melalui keusahawanan mikro ini, pihak kerajaan mengetengahkan beberapa program pembangunan PKS dan antaranya adalah program pembangunan inkubator perniagaan. Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor-faktor kejayaan utama usahawan mikro lepasan GIATMARA melalui program Pembangunan Khas Inkubator yang dilaksanakan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kajian ini ingin juga melihat faktor kelangsungan perniagaan mikro lepasan GIATMARA dalam jangka panjang dengan membuat penilaian terhadap prestasi usahawan, iaitu dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi dan menilai persepsi usahawan ini terhadap faktor-faktor kejayaan yang dibentuk. Kajian ini mendapatkan maklumbalas daripada 730 orang usahawan lepasan GIATMARA di seluruh Malaysia. Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan, beberapa kaedah analisis kuantitatif telah dijalankan merangkumi analisis kebolehpercayaan, kolerasi dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor kejayaan yang menyumbang dan signifikan kepada perniagaan usahawan ini iaitu faktor akses kepada pembiayaan, faktor pemasaran dan jaringan perniagaan yang dilihat penting dalam kelangsungan perniagaan yang dijalankan.
Description
Keywords
Prestasi Usahawan , Inkubator Giatmara
Citation