Pentadbiran Undang-Undangkeluargaislam Di Wilayah-Wilayah Selatan Thailand: Satu Analisis Terhadap Isu-Isu Terpilih

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-01
Authors
Maoti, Manapiyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada isu-isu dalam pentadbiran undang-undang keluarga Islam di tiga wilayah Selatan Thailand. Permasalahan dalam pentadbiran undangundang keluarga Islam ini timbul kerana wujudnya beberapa statut dan akta yang dilihat bercanggah antara satu sama lain khususnya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan dan perceraian, had umur perkahwinan, hak kewalian dan poligami. Permasalahan ini ditambah lagi dengan ketidakjelasan kedudukan dan bidang kuasa institusi-institusi yang mentadbir undang-undang yang berkenaan. Sehubungan itu, maka kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti isu-isu perundangan yang sebenarnya wujud dan sejauh manakah berlakunya percanggahan undang-undang seperti yang sering didakwa. Selain itu kedudukan, bidang kuasa dan peranan institusi-institusi yang berkaitan juga akan turut dianalisis dan dikenalpasti. Untuk mencapai tujuan yang dinyatakan di atas, maka data-data yang berkaitan akan dikumpulkan melalui kaedah kepustakaan khususnya dari laporan kajian-kajian lepas, buku-buku dan artikel ilmiah yang berkaitan, laporan-laporan kes mahkamah, statut-statut dan sebagainya. Selain itu, kaedah kajian lapangan khususnya wawancara juga turut dijalankan dengan individuindividu yang mempunyai kedudukan yang baik lagi memberikan maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Pemilihan responden ini dilakukan berdasarkan kaedah purposive sampling. Berdasarkan kaedah ini responden yang dipilih adalah terdiri daripada tokoh utama yang terlibat dalam pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Selatan Thailand iaitu hakim Mahkamah Agama, Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam, kadi Syar‘i, Juru Daftar Daerah dan Imam Masjid.
Description
Keywords
Undang-Undang keluarga islam , Selatan Thailand
Citation