Kesan Pemantauan Interaktif Bersistematik Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Terhadap Motivasi Pembelajaran, Regulasi Kendiri Dan Metakognisi Dalam Kalangan Pelajar Politeknik
Loading...
Date
2015-10
Authors
Abdul Rahman, Md. Baharuddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini adalah menilai keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) terhadap tahap motivasi pembelajaran, regulasi kendiri dan metakognisi dalam kalangan pelajar Kejuruteraan Mekanikal, di beberapa Politeknik KPM. Kajian dilaksanakan dalam memenuhi perlaksanaan Outcome Based Education (OBE) di Politeknik KPM. Kajian terhadap 240 responden yang dilakukan di dua buah Politeknik ini menunjukkan nilai perbezaan yang signifikan dalam pembangunan aspek motivasi pembelajaran, regulasi kendiri dan metakognisi pelajar kejuruteraan melalui kaedah PBP berbanding kaedah Konvensional. Melalui kajian berbentuk kuasi eksperimen ini, dapatan kumpulan PBP pada keseluruhannya menunjukkan nilai ujian t yang signifikan iatu bagi motivasi pembelajaran (t = 7.60, p < .05), bagi regulasi kendiri (t = 3.33, p < .05) dan metakognisi (t = 9.40, p < .05 ). Data diperolehi menggunakan tiga instrumen berbeza iaitu motivated strategies for learning questionaire (MSLQ), self regulation questionaire (SRQ) dan metacognative awareness inventory (MAI). Data daripada sepuluh item rubrik penilaian memberi nilai keseluruhan yang baik iaitu nilai min antara 4.25 hingga 4.49. Dapatan ini di sokong oleh data kualitatif melalui catatan pelajar tentang kesan PBP terhadap ketiga- tiga pemboleh ubah memberi nilai input yang amat baik. PBP juga telah berjaya memberi kesan positif pada kesemua sub- sub konstruk utama kajian. Data kajian membuktikan bahawa
xv
PBP membantu membangunkan ketiga-tiga pemboleh ubah kajian. Adalah di harapkan, dapatan data ini boleh dikembangkan lagi oleh pengkaji seterusnya dalam menghasilkan model perkaitan ketiga-tiga pemboleh ubah kajian. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu perlaksanaan konsep OBE (outcome based education) secara menyeluruh di semua Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia.
Description
Keywords
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) , Politeknik