Sistem keselamatan kebakaran Hospital Lam Wah Ee, Penang

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999
Authors
Cheong Thim, Lai
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Hospital merupakan suatu institusi yang mcmpunyai kuantiti golongan kurang bermaya yang tinggi, seperti pesakit wad, orang tua atau pesakit cacat anggota. Risiko I ancaman nyawa golongan ini adalah lebih tinggi j ika dibandingkan dengan golongan yang sihat. Tambahan pula, hospital yang juga merupakan satu lokasi awam ( pada masa tertentu ) yang mempunyai kadar aliran pelawat dan pesakit luar yang tinggi. Oleh yang demikian, keberkesanan sistem keselamatan kebakaran yang dipasang iaitu, sistem keselamatan kebakaran ak.-tif dan sistem keselamatan kebakaran pasif serta langkah-langkah pencegahan kebakaran memainkan suatu peranan yang amat penting untuk mengurangkan risiko kerugian nyawa manusia dan harta benda di hospitaL Kajian kes yang dijalankan di hospital swasta bertujuan untuk mengkaji langkah-langkah atau program-program keselamatan kebakaran yang diimplementasikan oleh pihak hospital. Di samping itu, kesesuaian sistem-sistem keselamatan kebakaran dan program-program pencegahan kebakaran hospital turut dibincangkan, terutamanya dan sudut tingkah laku manusia ( humun behuviour ). Pada akhir kajian, cadangan-cadangan untuk membaikpulih kelemahan-kelemahan sistem dan program keselamatan kebakaran hospital juga dicadangkan.
Description
Keywords
Keselamatan kebakaran , Hospital Lam Wah Ee, Penang
Citation