Kebudayaan Hibrid Dalam Alam Dina Malaysia: Kajian Kes Masyarakat Baba Nyonya Melaka
dc.contributor.author | ONG U-LIN, KELVIN | |
dc.date.accessioned | 2016-08-09T03:27:22Z | |
dc.date.available | 2016-08-09T03:27:22Z | |
dc.date.issued | 1999-02 | |
dc.description.abstract | Tesis ini mengkaji tentang pengaruh 'kehibridan' atau ciri-ciri hibrid dalam sesebuah budaya hibrid ke atas budaya dan alam binanya. Budaya hibrid Baba Nyonya di pilih sebagai kajian kes. Bab 2 akan membincangkan ciri-ciri hibrid dalam aspek fizikal alam bina masyarakat Baba Nyonya. Seterusnya, bab 3 akan membincangkan ciri-ciri hibrid dalam aspek sosio ekonomi. Budaya dan alam bina Baba Nyonya pada masa kini semakin merosot berbanding dengan zaman penjajahan British. Oleh itu tesis ini akan mengkaji bagaimana ciri-ciri hibrid dalam aspek sosio ekonomi Baba Nyonya mengakibatkan budaya uniknya semakin merosot seperti yang dihuraikan dalam bab 4. Ciri-ciri hibrid budaya Baba Nyonya seperti keupayaan mereka bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih membolehkan mereka mempunyai perhubungan yang rapat dengan pihak British. Jni banyak membantu meningkatkan status ekonomi, so sial dan politik mereka. Ekoran daripada itu, alam bina mereka yang unik semakin berkembang di Jalan Heeren (Jalan Tun Tan Cheng Lock), Jalan Jonker (Jalan Gelanggang dan Jalan Hang Jebat) dan Jalan Tengkera. Namun begitu, semua ini berubah selepas pengunduran British dan kemasukan beramai-ramai golongan Cina Sinkeh. Ciri-ciri hibrid Baba Nyonya yang pada zaman penjajahan British merupakan suatu kelebihan kepada mereka kini lebih merupakan suatu kekurangan. Tambahan lagi, warisan alam bina mereka juga semakin merosot. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2400 | |
dc.subject | Kebudayaan Hibrid Dalam Alam Dina Malaysia | en_US |
dc.subject | Kajian Kes Masyarakat Baba Nyonya Melaka | en_US |
dc.title | Kebudayaan Hibrid Dalam Alam Dina Malaysia: Kajian Kes Masyarakat Baba Nyonya Melaka | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: