Kualiti perkhidmatan guru di sekolah menengah kawalan dan sekolah menengah biasa di daerah pulau, Pulau Pinang

dc.contributor.authorKassim, Salmah
dc.date.accessioned2017-08-03T03:56:20Z
dc.date.available2017-08-03T03:56:20Z
dc.date.issued2003
dc.description.abstractTujuan kajian adalah untuk mengetahui kualiti perkhidmatan guru di 8 buah sekolah menengah di Daerah Pulau, Pulau Pinang. Dalam kajian ini, semangat Piagam Sekolah dan ciri-ciri guru berkualiti yang dikenal pasti oleh Mohan & Hu11 (1975) dijadikan asas kepada penilaian klien. Ciri-ciri guru berkualiti tersebut ialah aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru. Kajian ini adalah kajian korelasi yang menggunakan soal-selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Jumlah responden yimg terlibat ialah seramai 510 orang pelajar Tingkatan Lima yang dipilih secara rawak, mewakili 4 buah sekolah menengah kawalan dan 4 buah sekolah menengah biasa. Statistik deskriptif seperti min, kekerapan dan sisihan piawai digunakan bagi menunjukkan ciri-ciri demografi pelajar. Manakala statistik inferensi yang digunakan ialah Korelasi Spearman's rho bagi mengenal pasti hubungan di antara pembolehubah. Ujian-t dan ujian analisis satu hala (ANOVA) digunakan untuk mengenal pasti perbezaan penilaian klien tentang kualiti perkhidmatan guru. Pembolehubah bersandar ialah aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru. Pembolehubah bebas pula merangkumi faktor demografi pelajar iaitu jenis sekolah, jantina, etnik dan aliran pengajian. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kualiti perkhidmatan guru di semua sekolah kajian adalah memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya perhubungan yang signifikan di antara pembolehubah bersandar di sekolah menengah kawalan dan sekolah menengah biasa Di sekolah menengah kawalan, terdapat variasi dalam dapatan kajian berdasarkan etnik klien tetapi tiada variasi berdasarkan jantina dan aliran pengajian klien. Walau bagaimanapun, di sekolah biasa, terdapat variasi dalam dapatan kajian berdasarkan jantina dan etnik klien tetapi tiada variasi berdasarkan aliran pengajian klien. Penilaian yang dibuat berasaskan Piagam Sekolah, diharap dapat memberi maklumbalas kepada guru-guru agar usaha ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan dapat dilakukan. Penilaian ini adalah signifikan untuk memastikan kualiti perkhidmatan guru adalah yang terbaik agar usaha ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4303
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKualiti perkhidmatan guruen_US
dc.titleKualiti perkhidmatan guru di sekolah menengah kawalan dan sekolah menengah biasa di daerah pulau, Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: